Anwar sifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah ini sebagai biadab dan tidak sensitif.

KUALA LUMPUR – Walaupun Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berseloroh mengenai kontena mayat, tetapi kata-kata biadab itu telah mengguris hati rakyat yang meratapi kehilangan ahli keluarga akibat pandemik Covid-19.

Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekurang-kurangnya wujud sikap empati dalam diri pemimpin Pas itu terutama kepada rakyat dan pewaris yang kehilangan ahli keluarga.

“Kenyataan di aini sangat biadab dan sebagai pemimpin, Muhammad Sanusi perlu mempunyai sikap empati dan belas terutama ketika kes kematian yang meningkat mutakhir ini.

“Pemimpin kena ada empati dan sikap belas kasihan. Dengan kes kematian yang semakin meningkat mutakhir ini, kenyataan semacam ini adalah biadab,” kata Anwar menerusi ciapan Twitternya, hari ini.

Muhammad Sanusi dalam kenyataannya semalam dilaporkan berkata, kontena jenazah mencukupi dan sesiapa hendak masuk bagi nama.

Kenyataan dalam nada berseloroh itu mendapat kecaman para netizen yang menyifatkan sebagai pemimpin tidak sensitif dengan kesedihan rakyat.

Muhammad Sanusi dalam sidang media itu juga meminta rakyat di Sungai Petani agar menjaga diri dan mematuhi SOP.

Katanya, rakyat perlu berjaga-jaga, mematuhi SOP, jangan masuk hospital kerana pusat rawatan itu sudah penuh.

Kenyataannya itu mencetuskan rasa tidak puas hati netizen yang marah dan menyifatkan sebagai kurang cerdik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. MB berseloroh utk mengingatkan rakyat la bengong oii… Kalau dah tak mau jaga SOP dan segala peraturan yg dikuatkuasakan elok bagi nama siap² pun tkpa. Itu maksud yg tersiratnya..
    Pembangkang bengong ni mcmtu pun nk buat isu.

  2. SELOROH SANUSI….SIAPA NAK MASUK NAMA….KHAS UNTUK ANWAR DAN 107 MP yang mencabar COVID 19 kebal bagi mereka….sanggup buat PERHIMPUNAN HARAM DI DATARAN MERDEKA TU…sendiri buat sendiri tanggung JANGAN SUSAHKAN FRONTLINERS

Comments are closed.