PUTRAJAYA – Empat orang pegawai polis hadir di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) bagi merakamkan keterangan pemimpin Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) hari ini.
Dua buah kenderaan yang membawa anggota polis itu tiba jam 1.54 petang dan terus memasuki perkarangan YKP.
Tepat pukul 2.03 petang, Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya turut dilihat masuki YKP disusuli Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pukul 2.07 petang.
Pukul 2.16 petang, Dr. Mahathir tiba di perkarangan YKP dengan menaiki Lexus hitam.
Sesi merakamkan ketegangan itu susulan bekas Perdana Menteri itu hadir dalam perarakan ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen pada 2 Ogos lalu.
Pada Jumaat lalu, lima ahli Parlimen pembangkang antaranya Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kula Segaran, Ahli Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
Pada 4 Ogos lalu, enam ahli Parlimen pembangkang hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan, manakala pada 5 Ogos tiga lagi turut berbuat demikian. – MalaysiaGazette