Pulau Langkawi dibuka kepada pelancong mulai 16 September 2021 dengan pematuhan SOP yang ketat.

 

KUALA LUMPUR – Pengumuman melonggarkan individu yang sudah lengkap menerima vaksin melegakan industri pelancongan negara.

Dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan kepada negeri yang telah memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta kepada mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap pastinya akan menggalakkan segenap rakyat untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), sekali gus menggalakkan mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin dengan segera.

Negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Perlis, Sarawak dan Labuan pastinya akan mula membuka sektor ekonomi mereka dengan segera.

Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pelancongan Negara, Fathir Badri Alhadad berkata, hotel-hotel dan inap desa di negeri-negeri terbabit akan mula dibuka pada Selasa ini yang pastinya akan menyemarakkan kembali sektor pelancongan mereka.

Fathir Badri Alhadad

Dengan pembukaan sektor pelancongan secara terkawal ini, dapat membantu menggerakkan ekonomi setempat yang telah sekian lama mengalami kemurungan sejak Mac 2020 yang lalu.

Program Covid-19 Free Destination yang memillih Pulau Langkawi sebagai destinasi rintis juga pastinya akan dapan dijayakan dalam masa terdekat.

Walaupun Langkawi ketika ini masih lagi didalam Zon Merah tetapi dengan penerima suntikan vaksin 1 dos ketika ini mencecah sehingga 65,000 orang dan lebih 29,000 orang yang telah menerima 2 dos suntikan vaksin dengan kadar suntikan dipergiatkan hasil rundingan MoTAC dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJV), Yayasan Pelancongan Negara yakin 80% Imuniti Kelompok pasti dapat dicapai selewatnya penghujung bulan Ogos ini
nanti.

”Walaupun pada ketika ini kebenaran hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara (peserta MM2H) untuk menjalani kuarantin wajib di rumah, ia tidak mustahil dalam masa terdekat kerajaan juga akan membuka pintu kepada pelancong yang telah mendapat vaksinasi lengkap untuk datang ke Malaysia.

”Ini membuka peluang kepada sektor pelancongan terutamanya di Langkawi yang dipilih sebagai destinasi rintis jika inisiatif ini berjaya dilaksanakan kelak,” tambahnya.

Sehubungan itu, Yayasan Pelancongan Negara memohon agar semua pegusaha sektor pelancongan untuk sentiasa cakna dengan SOP terkini supaya industri pelancongan akan dapat digerakkan semula dengan segera.

Sehingga kini, Yayasan Pelancongan Negara telah giat membantu penggiat industri pelancongan yang sangat terkesan sepanjang lebih 17 bulan PKP ini dilaksanakan.

Antara inisiatif yang telah dan akan dijalankan adalah memberi sumbangan bakul makanan kepada kakitangan pengusaha pelancongan,
skim latihan bagi meningkatkan kemahiran penggiat pelancongan serta memberikan khidmat nasihat dari pakar psikologi bagi memberi semangat kepada pengusaha pelancongan yang mengalami tekanan perasaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast