LONDON – Penyokong Barcelona berusaha untuk menyekat percubaan Paris Saint Germain (PSG) membeli Lionel Messi.
Sekumpulan peguam itu mendakwa kelab Ligue 1 Perancis itu tidak layak memiliki untuk bintang Argentina Barcelona kerana status kewangan kelab itu yang bercanggah dengan Peraturan Keadilan Kewangan (FFP) yang ditetapkan Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).
Mereka telah memfailkan aduan kepada Mahkamah Rayuan Eropah, lapor DailyMail.com.
Dalam aduan itu, pasukan peguam itu menyatakan PSG perlu menghentikan usaha membeli Messi kerana faktor kewangan kelab.
Pada Ahad lalu Messia mengesahkan beliau akan meninggalkan Nou Camp selepas 21 tahun bersama kelab tersebut.
Barca dikatakan sedia melakukan apa sahaja untuk mengelakkan pemain untuk menyertai PSG.
Juan Branco mengesahkan aduan rasmi yang difailkan itu pada malam Ahad menerusi akaun Twitter berkata: “Atas semangat Socios Barcelona, firma guaman saya telah membuat aduan dengan Suruhanjaya Eropah dan menuntut penggantungan provisional di mahkamah sivil dan pentadbiran di Perancis sebagai mengelak PSG menandatangani Messi.
“Kedudukan PSG dari segi FFP adalah sangat teruk berbanding Barcelona,”.
Barcelona tak dapat perbaharui kontrak pemain itu walaupun kontrak potongan 50 peratus dipersetujui kelab, pendapatan gaji keseluruhan pemain kelab itu masih pada paras 110 peratus melebihi syarat FFP. – MalaysiaGazette