(Picture for representational purposes only). The t-shirt of Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) with the picture of its Chairman, Tun Dr Mahathir Mohamad. PIX: MalaysiaGazette opposition DAP Teo Nie Ching Prime Minister
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR – Parti Pejuang yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong menegaskan pendirian ahli-ahli Parlimen parti itu menolak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut mengambil tindakan serupa parti Warisan pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Perkembangan terbaharu itu disahkan Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin dan Ketua Wira Warisan Sabah, Datuk Mohd Azis Jaman yang juga Ahli Parlimen Sepanggar. 
“Warisan mengesahkan (surat tolak Muhyiddin) dan telah menandatanganinya serta menghantar kepada Agong,” kata Mohd Azis dalam ciapan di laman Twitter hari ini.
Sementara itu, Ulya Aqamah turut mengesahkan surat tersebut telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong semalam (Isnin).
Semalam UMNO mendedahkan dua warkah yang telah diutus kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai penarikan balik sokogan terhadap Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional.
Warkah-warkah tersebut dihantar masing-masing pada 30 Julai dan 4 Ogos lalu.
Menurut kedua-dua surat itu seramai 14 ahli Parlimen UMNO berpendirian menolak kepimpinan Muhyiddin.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast