KUALA LUMPUR – Petisyen bagi menangguhkan pembukaan sekolah yang dijadualkan pada 1 September depan mendapat perhatian ramai.
Sejak ia dilancarkan, petisyen itu sudah mendapat lebih 14,400 tandatangan.
Kempen dalam talian yang dimulakan warganet bernama Awang Sulong bagi mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar menangguhkan pembukaan secara bersemuka (PdP) dibuka kepada rakyat negara ini.
Petisyen itu ditujukan khas kepada Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin yang menyasarkan 100,000 tandatangan rakyat Malaysia.
Pada 17 Julai lalu, KPM membuat ketetapan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September depan.
Menurut KPM, perkara itu mengambilkira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Jangan pisang berbuah dua kali jika buka sekolah September ini – Anuar