KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan bagi menamatkan segala kemelut dan kekalutan yang dicetuskan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ketua Penerangannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kerajaan pimpinan Muhyiddin langsung tidak menghiraukan kekhuatiran dan kesengsaraan rakyat ketika ini dan lebih menumpukan kepada politik semata-mata.
“Justeru, bagi mengakhiri segala kemelut dan kekalutan yang di cetuskan oleh kerajaan Perikatan Nasional ini kami menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selaras dengan prinsip perlembagaan yang dijunjung oleh setiap rakyat negara ini.
“Negara Malaysia perlu diselamatkan dan sewajarnya semangat perlembagaan dikembalikan dan pena’kulan terhadap makna Rukun Negara – “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” dijajarkan semula dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Shamsul Iskandar berkata, penentangan Muhyiddin secara terbuka terhadap Yang Di Pertuan Agong pada ketika ini adalah dilihat sebagai satu krisis antara pihak kerajaan dan istana.
“Sikap angkuh, degil dan biadap beliau sangat jelas telah bertentangan dan melanggar prinsip perlembagaan.
“Umum masyarakat merasa hairan dan mual kerana pembenturan dengan institusi Di Raja ini berlaku dari kerajaan Perikatan Nasional yang tertubuhnya dahulu kononnya adalah dengan semangat “kerajaan dan pimpinan Melayu Islam demi untuk menjaga hak-hak orang Melayu serta kedaulatan raja-raja Melayu”,” katanya lagi.
Pembangkang sebelum ini tegas berkata, Muhyiddin telah hilang majoriti di Dewan Rakyat.
Malah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, PN sebelum ini cuma memiliki sokongan 114 ahli Parlimen dan beliau sendiri mempersembahkan warkah penarikan sokongan ahli Parlimen terhadap Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam pada itu, Shamsul Iskandar berkata, penentangan Muhyiddin secara terbuka terhadap Yang di-Pertuan Agong pada ketika ini adalah dilihat sebagai satu krisis antara pihak kerajaan dan istana.
“Sikap angkuh, degil dan biadap beliau ini sangat jelas telah bertentangan dan melanggar prinsip perlembagaan.
“Umum masyarakat merasa hairan dan mual kerana pembenturan dengan institusi diraja ini berlaku dari kerajaan Perikatan Nasional yang tertubuhnya dahulu kononnya adalah dengan semangat “kerajaan dan pimpinan Melayu Islam demi untuk menjaga hak-hak orang Melayu serta kedaulatan raja-raja Melayu”,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Rakyat tengok…. siapa sebenarnya yang bermain politik.
PAS TELAH DAN PERNAH DIFITNAH TERIMA RM 90 JUTA DARI UMNO MENJELANG PRU 14 OLEH PAKATAN HANCING P UNAH HaraPAN
ANWARFIKUN FITNAH CEK RM1,4 JUTA PAS TERIMA
MUTAKHIR RM 30JUTA MP DILELONG GADAI….NAK PERCAYA MACAM FITNAHHH LAGI
MAHKAMAH MASYAR MENANTI DAN TIDAK MENIPU KITA