Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari menjangkakan penurunan kes Covid-19 dalam kategori 3 dan 4 menjelang akhir Ogos ini.

Katanya, ia selaras dengan pemberian vaksin dos pertama yang kini mencecah 77.17 peratus manakala dos kedua pula 44.14 peratus.

Dalam masa yang sama kata Amirudin, Program Vaksin Selangor (SelVax) yang dilanjutkan juga bakal membantu Selangor mencapai imuniti kelompok.

“Kita yakin kita berada di landasan yang betul menuju kepada imuniti kelompok dan fasa pemulihan seterusnya,” katanya pada sidang media dalam talian hari ini.

Sementara itu, beliau berkata Selangor bersedia untuk melaksanakan pemberian vaksin dos ketiga dan keempat sebagai ‘booster jab’ .

“Kita sudah hampir konklusif bahawa penerima dos lengkap memerlukan booster shot atau dos ketiga dan kita percaya boleh laksanakan jualannya dapat dilaksanakanĀ  paling minimum selepas 80 peratus rakyat Selangor divaksin,” katanya lagi.

Sebelum ini Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, kumpulan pakar akan mengemukakan beberapa syor mengenai dos ketiga atau booster shot vaksin COVID-19 pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast