Harry Kane terus menjadi buruan Pep Guardiola untuk dibawa ke Etihad musim ini.- Kredit foto: Tottenhamhotspur via Getty.

LONDON – Walaupun Tottenham Hotspur bertegas Harry Kane bukan untuk dijual namun Pep Guardiola kelihatan tidak mahu berputus asa.

Beliau tetap mahu membawa bintang England itu ke Etihad.

Perpindahan Kane ke juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dijangka selepas Spurs berdepan skuad Guardiola pada Ahad ini.

Sportsmail difahamkan, kedua-dua kelab elit itu telah mengadakan rundingan minggu ini dengan Harry Kane kembali menyertai sesi latihan pasukan Spurs.

Sebelum ini, Man City dilaporkan menyediakan £100 juta untuk menguji Spurs bagi melepaskan pemain itu namun kelab London masih enggan berganjak dari pendiriannya untuk melepaskan pemain berusia 28 tahun yang memenangi kasut emas kali ketiga musim lalu.

Kali ini Guardola mahu menambah tawaran lebih tinggi iaitu £120 juta dan diyakini dana tersebut cukup untuk meyakinkan Spurs melepaskan Kane ke Etihad  sebelum jendela perpindahan menutup tirai 31 Ogos ini.

Beliau juga sudah menyatakan hasratnya bahawa Man City sudah bersedia untuk menggunakan segala sumber yang ada untuk mendapatkan pemain tersebut. – Dailymail.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast