KUALA LUMPUR – Kes harian jangkitan Covid-19 kekal berlegar sekitar angka 19,000 apabila sebanyak 19,631 kes baharu dilaporkan hari ini.
Ia menjadikan jumlah kes positif sebanyak 1,444,270 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, Selangor merekodkan sebanyak 5,753 kes diikuti Sabah sebanyak 2,103 dan Kedah sebanyak 1,863.
Seterusnya, Kuala Lumpur (1,765 kes), Johor (1,309 kes), Pulau Pinang (1,275 kes), Kelantan (1,268 kes), Perak (1,101 kes), Sarawak (835 kes), Negeri Sembilan (490 kes), Pahang (670 kes), Melaka (623 kes) dan Terengganu (498 kes).
Putrajaya (41 kes), Perlis (37 kes) manakala tiada jangkitan baharu di Labuan, katanya hari ini.
Semalam, jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan 19,740 kes berbanding 20,546 kes kelmarin. – MalaysiaGazette