Jabatan Penerangan Pejuang tidak pernah mengeluarkan poster ini. - Ulya Aqamah Husamudin.

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) hari ini menafikan pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima sokongan daripada sembilan parti untuk menjadi calon Perdana Menteri.

Menurut Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin, poster yang menggunakan nama dan gambar bekas Perdana Menteri itu adalah fitnah dan tidak benar.

“Sekali lagi diedarkan poster palsu. Jabatan Penerangan Pejuang tidak pernah mengeluarkan poster ini. Jika dilihat gambar yang digunakan untuk Tun adalah gambar beliau pakai baju koporat Bersatu.

“Ini semua usaha memecah belahkan kita. Jangan termakan,” katanya di Facebook beliau hari ini.

Dalam poster itu, Dr. Mahathir dikhabarkan menerima sokongan daripada sembilan parti sebagai calon Perdana Menteri kesembilan Malaysia.

“Makluman dari Istana Negara, Tun Mahathir telah mendapat sokongan dari beberapa parti itu Pejuang, Warisan, GPS, GRS, PBS, DAP, Amanah serta sebahagian UMNO dan Bersatu.

“Proklamasi Darurat dan penggantungan Parlimen sehingga kes pandemik reda,” tulis poster itu.

Kenderaan yang membawa Presiden Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir masuk ke pintu 2 Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS OGOS 2021.
Kenderaan yang membawa Presiden Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir masuk ke pintu 2 Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS OGOS 2021.

Pejuang merupakan salah satu parti yang dipanggil Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Parti itu diwakili presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama-sama ketua-ketua parti lain antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Lim Guan Eng (DAP), Mohamad Sabu (Amanah) dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas).

Pertemuan diadakan dua jam dihadapan Al-Sultan dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Sultan Perak. – MalaysaiGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast