Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (kanan) dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu (kiri) selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Pintu 2, Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Tiga pemimpin Pakatan Harapan menjadi kumpulan pertama keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira jam 4 petang.

Mereka adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Biar pun media dimaklumkan tiada sidang akhbar dibenarkan di perkarangan luar Istana Negara itu, namun kenderaan yang membawa Anwar berhenti dan Ahli Parlimen Port Dickson itu berjalan menemui para wartawan, jurugambar dan juruvideo yang menunggu sejak pagi lagi.

Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (kiri) dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu (kanan) selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Pintu 2, Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS OGOS 2021.

Kelihatan Guan Eng dan Mohamad Sabu mengekori Anwar untuk mengadakan sidang media ringkas menjelaskan hasil sesi sembah menghadap yang berlangsung kira-kira dua jam.

Keadaan itu menyebabkan petugas media terpaksa berasak-asak untuk mendapatkan bahan berita dan berkali-kali diingatkan oleh petugas keselamatan supaya menjaga SOP dan tidak melepasi tali rentang yang siap dipasang sejak awal lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast