KUALA LUMPUR – Kesemua 114 ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai Akuan Bersumpah (SD) mereka hari ini.
Namun tular satu video ahli Parlimen dari Pas dilihat seolah-olah melanggar arahan merahsiakan sokongan.
Dalam satu video yang berdurasi satu minit lima saat itu, kelihatan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman sedang ditemubual Yang di-Pertuan Agong.
Menurut penjelasan Ahmad Tarmizi, temubual itu dibuat di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut di sini.
“Patik Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.
“Siapa pilihan Yang Berhormat? Tanya Yang di-Pertuan Agong.
“Patik memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ahli Parlimen Bera untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika ini,” jawab Ahmad Tarmizi sambil tersenyum.
“Dengan penuh rela? tanya baginda.
“Dengan penuh rela, sukarela dan sukahati,” jawab Ahmad Tarmizi.
Semalam, Ahli Parlimen Sepanggar daripada Parti Warisan Sabah, Datuk Azis Jamman didakwa membuat pelanggaran sama apabila menularkan gambar SD yang secara terbuka dan jelas memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia baharu.
Gambar Azis memegang SD beliau sambil memberikan isyarat bagus sementara satu lagi tangan yang tidak diketahui individu memegang paparan gambar Anwar telah tular di media sosial sejak semalam.
Bagaimanapun, sokongan peribadi setiap 220 ahli Parlimen sepatutnya dikhaskan bagi kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ia tertulis pada titah baginda yang menyatakan “Ahli-ahli yang berhormat diperingatkan untuk menjaga kerahsiaan Surat Akuan tersebut sehingga ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengenai perkara di perenggan 2 di atas”. – MalaysiaGazette
Ahli politik ni mmg banyak yg bebal2…tak faham arahan agaknya..bodoh betul…rakyat naik meluat lah tgk perangai korang
betul tu macam ANWAR dan konconya Buat sidang media selepas ngadap YDPA 17/8….WPUN ADA larangan TIDAK DIBENARKAN di dalam atau luar perkarangan buat sidang….KEMARUK GILA KUASA dan SAKIT MENTAL