kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat kampung terlibat masing-masing dua di Sabah dan Pahang dengan tempoh PKPD selama dua minggu bermula 2 hingga 15 September ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang bermula 21 Ogos hingga 3 September ini.

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad, keputusan itu dibuat dalam sidang khas hari ini selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, berdasarkan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dikuatkuasakan di empat kawasan di Sabah iaitu Kampung Gambaron 1 dan Ladang Ribu Bonus di Telupid.

Dua kawasan lagi ialah Perumahan Ladang Cepat Wawasan 7000 dan Perumahan Ladang Meridian Paitan di Beluran, Sabah.

“Dua kawasan di Kelantan yang dikenakan PKPD ialah Kampung Blau dan Kampung Batang dalam Perkampungan Orang Asli di Pos Blau, Gua Musang.

“Di Pahang pula melibatkan Kampung Orang Asli Sungai Lebak, Bentong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berhubung pelanjutan PKPD, Rodzi berkata, kawasan itu melibatkan Taman Nilam (Zon Biru) Mukim Kuah, Langkawi, Kedah dan Kompleks Penjara Bentong termasuk Kuarters, Bentong Pahang.

Dua lokaliti di Sabah ialah Kampung Baru Pasir Putih dan Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik di Tawau, Sabah yang dilanjutkan selama dua minggu dari 21 Ogos hingga 3 September ini.

Dalam mesyuarat khas itu juga, katanya, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD Kampung Morak, Mukim Kebakat, Tumpat Kelantan mulai esok, diikuti Perumahan Kilang Sawit Veetar, Tongod, Sabah.

Turut ditamatkan PKPD ialah Felda Sungai Koyan 1 & 2, Lipis, Pahang, juga mulai esok selepas dilaksanakan perintah itu pada 7 Ogos lalu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast