Foto hiasan

GENEVA – Data semasa tidak menunjukkan penerima vaksin Covid-19 memerlukan suntikan booster.

Sebaliknya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menekankan bahawa golongan paling rentan di seluruh dunia harus diberi vaksin sepenuhnya sebelum negara-negara berpendapatan tinggi menambah bekalan masing-masing.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh WHO sebelum Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyatakan negara itu merancang untuk memberi suntikan booster secara meluas kepada semua warganya mulai 20 September ini kerana jangkitan varian Delta meningkat.

Ketua saintis WHO, Soumya Swaminathan yang ditanya tentang keperluan suntikan booster bagi meningkatkan perlindungan terhadap penyakit itu berkata: “Kami percaya dengan jelas bahawa data hari ini tidak menunjukkan booster diperlukan”.

Namun, katanya penyelidikan selanjutnya masih diperlukan.

Merujuk suntikan booster yang dilakukan oleh negara-negara kaya, Penasihat Kanan WHO, Bruce Aylward berkata: “Ada cukup vaksin di seluruh dunia, tetapi tidak menuju ke tempat yang tepat dalam urutan yang tepat.”

Dua dos harus diberikan kepada yang paling rentan di seluruh dunia sebelum booster diberikan kepada mereka yang telah diberi vaksin sepenuhnya. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast