Gerai makanan di Johor mula menerima pelanggan untuk makan dan minum di dalam kedai.

JOHOR BAHRU – Langkah kerajaan membenarkan ‘dine-in’ atau duduk dan makan di mana-mana premis makanan bagi negeri dalam fasa satu termasuk di Johor mendapat pelbagai reaksi orang ramai di negeri itu.

Bagi rakyat Johor sendiri, kelonggaran itu sudah pasti memberi sedikit kelegaan dan kegembiraan buat mereka setelah lebih setengah tahun tidak dibenarkan ‘dine-in’.

Pekerja swasta, Nur Aishah Mazalan yakin pengumuman itu bukan sahaja memberi kegembiraan kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Bagaimanapun katanya lagi, dalam terbit perasaan gembira itu, rasa bimbang tetap dirasai ekoran kenaikan kes yang tidak menentu di negara ini, disebabkan angka Covid-19 yang direkodkan di Johor menunjukkan angka yang agak membimbangkan.

Nur Aishah Mazalan

“Secara peribadi jelasnya juga, walaupun telah diberikan kebenaran ‘dine-in’ beliau tidak akan mengambil masa yang lama untuk duduk makan di premis terlibat sebagai langkah berjaga-jaga.

“Memang rasa happy tetapi sebab sudah lama tidak dapat makan diluar, sebenarnya makan di luar ini dapat hilangkan ‘tension’ sebenarnya sebab sudah lalu lama ‘terperok’ di rumah.

“Cuma keadaan jika dilihat ada kes naik timbul juga perasaan takut, itu yang macam kita tetap jaga SOP tetapi tidaklah terlalu lama, sebab sebelum ini kalau kita lepak mamak, lepak lama borak-borak sambil minum air.

“Sekarang ini sekadar dapat makanan ini selepas sudah siap pakai mask semula kita baliklah.

“Memang gembira, bila lihat negeri lain boleh makan di kedai jadi bila Johor sudah boleh dapat duduk sarapan pun jadi la kan,”katanya ketika ditemui di sini.

Ali Mahfar

Sementara itu Ali Mahfar berkata, dia datang ke kedai untuk memesan teh tarik di kedai mamak setelah hampir setahun tidak dibenarkan duduk makan dan minum di mana-mana gerai.

Beliau mengakui, ruang yang diberikan kerajaan sememangnya memberi kelegaan bagi diri beliau.

“Ini balik sembahyang saya lihat dah boleh minum saya minumlah.

“Biasa tetapi rasa tenanglah sikit, kita sudah biasa duduk kedai ini daripada muda sampai sekarang memang biasa. Tetap jaga. Order teh tariklah,” katanya.

Walau bagaimanapun katanya, prosedur operasi standard (SOP) masih lagi dititik beratkan bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

Tinjauan MalaysiaGazette di beberapa premis makanan di negeri itu, mendapati walaupun kerajaan telah membenarkan pelanggan duduk dan minum di premis makanan, namun jumlah pengunjung amatlah sedikit.

Suasana di dalam kedai makan, terutama di restoren makanan mamak yang menjadi tumpuan pengunjung juga hambar.

Selain daripada itu, orang ramai juga dilihat seakan-akan sinonim dengan SOP yang ditetapkan termasuk menjaga jarak selain membawa mask masing-masing untuk digunakan.

Dalam pada itu, susunan kedudukan kerusi dan meja oleh pemilik makanan masih dikekalkan dengan setiap meja hanya dua pelanggan dibenarkan duduk.

Malah tidak kurang juga ,ada pemilik kedai makanan yang mula selesa dengan kaedah pandu lalu yang dilakukan sebelum ini,  ianya lebih selamat.

Hasil pemerhatian juga mendapati kebanyakan kedai makan masih tidak membuka meja dan kerusi secara sepenuhnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast