Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyempurnakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu wakil rakyat berbahas secara rasional dan berpegang kepada prinsip kepentingan rakyat.

Baginda bertitah supaya semua wakil rakyat mengutamakan kemakmuran negeri dalam setiap hujah yang disampaikan.

Baginda juga mahu semua wakil rakyat berubah kepada politik yang lebih matang, jujur dan ikhlas, untuk membantu rakyat dan memajukan negara.

“Rakyat dan negara tidak wajar dibebani dengan kemelut politik, dan perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.

“Ini bukanlah masanya, untuk kita berebut kuasa, ini bukanlah masanya semua bersengketa bukanlah masanya untuk kita banyak bicara tanpa berbuat apa-apa, sebaliknya, inilah masanya untuk kita semua bersama.

“Ianya demi negara, negeri dan rakyat jelata dalam keadaan wabak pandemik ini, rakyat menaruh harapan yang sangat tinggi kepada kita semua,” titahnya semasa berkenan menyempurnakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Baginda turut menyentuh aspek kesihatan, alam sekitar, ekonomi, pembangunan dizahirkan dengan teliti turut memuji pencapaian pentadbiran negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Persidangan DUN mesyuarat pertama penggal ke-4 bermula 23 Ogos sehingga 26 Ogos ini.

Sidang DUN didapati berjalan dengan tenang dengan penjarakan fizikal dibuat pada kedudukan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewajibkan pemakaian pelitup muka sepanjang masa.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast