Xherdan Shaqiri. Foto Sky Sports.
LONDON – Liverpool mencapai kesepakatan bersama kelab Perancis, Lyon untuk menjual pemain mereka, Xherdan Shaqiri pada musim ini.
Sky Sports melaporkan nilai perpindahan pemain tengah berusia 29 tahun itu adalah £9.5m.
Shaqiri yang masih mempunyai baki kontrak selama setahun di Anfield meminta dilepaskan kerana mahu mendapatkan lebih minit permainan.
Dia kini terpaksa bersaing dengan beberapa pemain seperti Harvey Elliott dan Kaide Gordon yang semakin mendapat tempat dalam skuad kendali Jurgen Klopp.
Liverpool membeli Shaqiri dari Stoke City dengan mengaktifkan nilai klausa perlepasan sebanyak £13.5 juta.
Pemain antarabangsa Switserland itu menyertai Stoke pada 2015 dari Inter Milan. – MalaysiaGazette