Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.

“Ada (majlis Perdana Menteri, Datuk Seri) Ismail Sabri menghadap Agong pagi esok. Jam 11 pagi,” kata satu sumber kepada MalaysiaGazette hari ini.

Difahamkan pertemuan itu akan diadakan di Kuantan, Pahang.

Pertemuan itu dipercayai untuk mengemukakan senarai calon bagi jawatan menteri-menteri Kabinet.

Dalam pada itu, senarai menteri dijangka diumumkan Ismail Sabri pada Jumaat depan.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, senarai jemaah menteri Kabinet akan diumumkan minggu ini juga selepas beliau mengangat sumpah jawatan Perdana Menteri pada  Sabtu lalu.

Untuk rekod, senarai jemaah menteri akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum diumumkan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya umum senarai menteri Kabinet minggu ini – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast