Wan Anwar Wan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan tiga pemimpin utama parti komponen Pakatan Harapan (PH) semalam, suatu yang positif ke arah politik matang aras tinggi dan rekonsiliasi menuju pemulihan nasional.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Selangor, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, pemulihan nasional yang dimaksudkan itu sudah tentu dalam aspek politik, kesihatan dan ekonomi negara.

Bagaimanapun, katanya, pemulihan nasional itu harus ada permulaannya atau asas yang boleh dijadikan sebagai “launch pad”.

“Saya usulkan supaya Selangor dijadikan sebagai “launch pad” bagi melancarkan pemulihan nasional tersebut memandangkan Selangor adalah mini Malaysia dan penyumbang 20 peratus kepada ekonomi negara.

“Saranan dibuat supaya kerajaan melaksanakan komitmen seperti memastikan angka yang melibatkan kes Covid-19 di Selangor adalah tepat dan tidak dipolitikkan.

“Selain itu, melakukan intervensi dan sinergi bersama kerajaan Selangor dalam membantu menangani pandemik di negeri ini termasuk perkongsian data dan maklumat serta peningkatan kapasiti dan fasiliti kesihatan awam.

“Mengambil pengalaman dan model Selangor terutama dalam aspek pengesanan kontak, saringan, vaksinasi dan inisiatif bantuan kepada rakyat untuk digunapakai di negeri lain,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Wan Anwar, saranan itu juga turut mengkaji kebenaran untuk membuka kembali kilang dan industri beroperasi secara berfasa dengan pemantauan terhadap pematuhan SOP yang ketat bukan sahaja di tempat kerja, tetapi juga di tempat tinggal pekerja.

Beliau percaya, jika pendekatan “launch pad” itu dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, matlamat rekonsiliasi dan pemulihan nasional akan dapat dicapai pada kadar segera. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. yang TIDAK MATANG SELAMA INI …MP2 PEMBANGKANG….BERSIDANG DALAM SANGKAR BEROK2
    BUAT DEMO HARAM KERANA XDAK DAPAT MASUK PARLIMEN tanpa FIKIRKAN MASALAH RAKYAT DAN FRONTLINERS…KEMARUK KUASA MAJORITI PENIPU dan SANGGUP MENOLAK TAWARAN KERJASAMA kerana terlalu EGO ANWARFIKUN (nama pun hampir sama)seperti terangkat PM dan satu penghinaan ….TIADA APA SOLUSI/IDEA yang memBINA hanya cari SALAH dan menJAHANAMKAN.
    ALLAH BERKUASA…setelah kamu semua meratib KERAJAAN GAGAL setiap hari….akhirnya KEMARUK kamu pun GAGALLL dan bertambah Punahhh HarapANNNN

  2. Selangor adalah mini Malaysia dan penyumbang 20 peratus kepada ekonomi negara dan TERKAYA sambil JUARA COVID SETIAP HARI DAN BULAN……cemerlangnya P H mentadbir

Comments are closed.