KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kesal dengan penyebaran berita palsu mengenai Ivermectin dan Covid-19 yang menggunakan nama beliau di media sosial.

Dalam ciapan di laman Twitter, Dr Noor Hisham turut memuat naik tangkap layar berita palsu memetik nama beliau memaklumkan Ivermectin murah, mudah didapati dan selamat untuk digunakan.

”Lagi berita palsu yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam ciapan.

Menurut Dr Noor Hisham, usaha memerangi Virus SARS-COV-2 dan berita palsu yang tular di media sosial tiada penamat.

Ivermectin merupakan ubat yang digunakan untuk merawat parasit seperti parasit usus pada haiwan dan kudis buta pada manusia.

Kajian klinik terhadap ubat tersebut sedang dijalankan sama ada ia sesuai untuk merawat Covid-19 dan sehingga kini belum ada penemuan atau dapatan yang boleh mengesahkan keberkesanannya.

Bagaimanapun terdapat beberapa pihak yang menjual ubat tersebut kepada para pesakit Covid-19 di negara ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast