Datuk Seri Vida. foto FAREEZ FADZIL, 20 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida atau Vidamasih tidak terfikir lagi untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman berkata, buat masa ini keutamaan adalah kepada anak-anak dan syarikatnya.

“Ramai yang bertanya, betul ke saya saya nak kahwin. Ada ke lelaki yang nak dekat saya? Tengokla saya jenis brutal gini. Semua buat ha, ha. Takut lari je nanti.

“Sekarang ni saya tak terfikir pun nak kahwin ke apa. Anak-anak @cikb_havoc66 & @kacak_._ , family dan syarikat adalah priority saya,” tulis wanita berusia 50 tahun itu.

Sementara itu, ibu tunggal dua anak itu juga menyatakan sekiranya dia bertemu jodoh nanti, biarlah pasangannya itu berada tahap yang sama sepertinya.

“Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course,” selorohr wanita kelahiran Kelantan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast