Kurang daripada sejam selepas mengumumkan tinggalkan Juventus, Ronaldo disahkan kembali ke Old Trafford dan akan menjalani ujian perubatan di Lisbon untuk melengkapkan perpindahan ke Theatre of Dreams menjelang Ahad ini.Foto

LONDON – Kurang dari dua jam sahaja, dunia bola sepak digemparkan dengan penghijrahan superstar Cristiano Ronaldo ke Old Trafford.

Justeru, segalanya berlaku dengan begitu pantas apabila Juventus menerima tawaran Man United kepada kapten Portugal itu menerusi super ejennya Gorge Mendes.

Beberapa minit selepas pemain itu menaiki jet peribadinya dari Milan ke Manchester, kelab paling sukses di England Red Devils dalam laman web rasmi mengumumkan pencapaian perjanjian bersama Juventus untuk membeli Ronaldo.

“Manchester United dengan bangganya ingin mengesahkan kelab telah mencapai perjanjian bersama Juventus untuk Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford selepas 11 tahun.

Roanldo dijangka enandatangani terma perjanjian peribadi, soal dokumen Visa dan ujian perubatan kelak.

Pemenang anugerah Ballon d’Or lima kali itu setakat ini menang 30 piala utama sepanjang kariernya termasuk lima piala juara Eropah dan empat Piala Dunia Kelab, tujuh gelaran liga di England, Sepanyol dan Itali.

Ketika bersama Manchester United pada 2004 hingga 2009 pemain itu menjaringkan 118 gol dalam 292 penampilan di Old Trafford.

Sejurus membaca kenyataan itu di laman web rasmi Manutd.com, penyokong mula menyambut liar menjelang kemunculan pemain itu dalam sehari dua lagi ke kelab itu.

Malah status twitter rasmi Manunited juga mengemaskini mesej terbaharunya yang berbunyi” selamat datang ke manunited Ronaldo”.

Ronaldo dilihat mendarat di tanahairnya di Lisbon dan dijangka menjalani ujian perubatan untuk melengkapkan kemunculan semula ke bekas kelabnya itu.

Para jurugambar dan penyokong kelab itu mula mengerumuni lapangan terbang Manchester sejurus selepas mendapat berita luar jangkaan yang mengejutkan dunia bola sepak itu.

Ronaldo yang diserbu pemberita sejurus mendarat di Lapangan Terbang Lisbon sempat melontarkan jawapan ringkas yang berbunyi, “anda akan mengetahui destinasi baharu saya dalam masa sejam lagi”.

Tepat sejam kemudian Man United dalam laman web rasminya mengesahkan mencapai perjanjian bersama pemain itu yang akan pulang semula ke Theatre of Dreams.

Dengan tersebarnya berita berkenaan, bekas rakan sepasukan pemain legenda itu antaranya Rio Ferdinand, Edwin Van de Sar mula terkejut dan menyambut kepulangan pemain itu dalam ciapan twitter rasmi mereka.

Lima jam lalu ejen super Mendes telah mengadakan perbincangan dengan Man City selepas pemain itu berkeputusan meninggalkan Juventus.

Namun, segalanya menjadi terbalik dalam sekelip mata apabila pemain itu mengubah fikiran dan mahu kembali ke Theatre of Dreams untuk bersara di sana.

Man United dilaporkan menawarkan kontrak pada pagi Jumaat selepas perbualan Sir Alex Ferguson yang merupakan bapa angkat Ronaldo.

United dikatakan akan membayar yuran £19.4 juta dan mengikat kontrak dua tahun dengan menawarkan gaji mingguan £480,000 kepada pemain sensasi berusia 36 tahun itu.

Beberapa jam sebelum berita sensasi pulangan Ronaldo ke kelab tular, Solskjaer dalam sidang media pra perlawanan menentang Wolves, menegaskan kelabnya sentiasa mengalu-alukan Ronaldo jika mahu kembali semula.

“Namun saya dengar sejak sehari dua ini mengaitkan Ronaldo akan meninggalkan Juventus, tetapi saya anggap ia sekadar khabar angin dan dia tidak mungkin mahu tinggalkan Serie A Itali.

“Dia legenda Old Trafford dan pemain terbaik sepanjang hayat, dia tahu kami sentiasa merinduinya dan jika dia tinggalkan Juventus, dia tahu kami ada di sini untuknya,” kata pengurus Red Devils.-Manutd.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast