Ismail Sabri Yaakob ketika hadir dalam lawatan kerja ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Kem Batu Bor, Bera.

BERA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil alih dan menerajui sistem pengurusan vaksin rakyat negara ini dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengam pengambilalihan itu bermakna hanya satu kementerian sahaja yang terlibat untuk menguruskan isu vaksin.

“Kalau dulu ada dua kemeneterian yang uruskan vakisin, ada jawatankuasa terlibat, ada dua menteri dan dua ketua setiausaha kementerian (KSU) menguruskan vaksin, jadi agak sukar bila ada dua pengurusan.

“Jadi sekarang, pengurusan vaksin ini akan diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan, di bawah YB Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas lawatan kerja ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Kem Batu Bor, Bera.

Manakala MOSTI pula perlu fokus dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan vaksin daripada Malaysia.

“Kalau boleh mengeluarkan sendiri lebih baik seperti Thailand kerana kemungkinan Covid-19 akan selama-lamanya dengan kita, ia da jadi macam denggi dan vaksin akan diperlukan.

“Malaysia juga sepatutnya mengeluarkan vaksin sendiri tanpa bergantung daripada negara luar.

Dalam pada itu, katanya, segelintir penjawat awam yang masih enggan menerima vaksin kerana perkata tersebut tidak dikategorikan wajib.

Jelasnya walau pun sehingga kini masih tidak diwajibkan, tetapi sekiranya masih ramai yang belum mengambil vaksin pada masa akan datang, kerajaan akak putuskan mewajibkan perkara tersebut. – MalaysiaGazette