Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada penerima vaksin semasa meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sempena Hari Kemerdekaan ke-64 di Menara PGRM, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 OGOS 2021.
Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada penerima vaksin semasa meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sempena Hari Kemerdekaan ke-64 di Menara PGRM, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri digesa memfokuskan tiga tumpuan utama bagi menangani kesan pandemik Covid-19 yang kini menjangkau dua tahun.

Pertama, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, kerajaan harus mencari jalan untuk mengatasi kadar pengangguran yang semakin meningkat di negara ini ekoran Covid-19.

“Semasa pandemik Covid-19, kita dapati kadar pengangguran di negara kita sudah semakin tinggi dan kita berharap kerajaan baharu boleh tumpukan dan beri penyelesaian terutamanya selepas Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Lim Keng Yaik sempena Hari Kemerdekaan Ke-64, di ibu pejabat parti itu, hari ini.

Dewan Tun Lim Keng Yaik akan membekalkan 100 vaksin Pfizer bagi individu yang akan mengambil dos kedua.

Menurut Dominic, fokus kedua adalah kerajaan perlu mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih teliti berikutan pembukaan restoran dan kedai makan kepada umum supaya rakyat mempunyai keyakinan untuk dine-in sekali gus membendung penularan wabak Covid-19.

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bercakap kepada media selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sempena Hari Kemerdekaan ke-64 di Menara PGRM, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 OGOS 2021.
Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bercakap kepada media selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sempena Hari Kemerdekaan ke-64 di Menara PGRM, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 OGOS 2021.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga harus mengambil perhatian terhadap kadar radiasi ke atas penggunakan gajet untuk proses Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Untuk itu, jelas beliau kerajaan harus meneliti SOP yang lebih mendalam dalam memastikan kadar radiasi itu tidak memberikan kesan terhadap para pelajar terutamanya kanak-kanak.

“Gerakan mahu kerajaan tumpukan kepada PDPR, oleh itu kaedah pembelajaran di rumah itu telah menyebabkan pelajar kita gunakan gajet, ini adalah pentada baik tetapi kita bimbang radiasi telefon akan mengancam kesihatan pelajar-pelajar kita.

“Oleh itu, kita syorkan kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan mengadakan SOP yang lebih baik untuk mengelakkan tahap radiasi daripada gajet menerusi PDPR,” katanya lagi.

Pertengahan Ogos lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tarikh pembukaan semula sekolah bagi negeri-negeri dalam Fasa Dua dan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) ialah pada 3 Oktober iaitu dilewatkan berbanding 1 September seperti yang diumum sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast