Operasi mencari dan menyelamat seorang anggota tentera, Mohamad Azrin dikhuatiri lemas ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang dalam Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Kawasan Am, Bera, Pahang, semalam. - Gambar kredit ATM.

MARAN – Mayat dipercayai anggota tentera yang terjatuh semasa Eksais Para Predator di perairan Sungai Pahang Ahad lalu ditemui lengkap berpakaian berhampiran Kg Serengkam, Maran jam 8.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Shamsudin mengesahkan menerima maklumat penemuan mayat tersebut oleh penduduk kampung.

“Pihak PDRM menerima maklumat bahawa mayat ditemui sekitar jam 8.15 pagi oleh orang kampung.

“Proses pengecaman mayat masih dilakukan dan pihak Polis Bera masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Ahad lalu, seorang anggota Tentera Darat dari 10 Briged Para, Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa dipercayai terjatuh semasa latihan Eksais Para Predator Siri 1/2021 di perairan Sungai Pahang.

Mangsa merupakan  anggota Tinjau dari pasukan Kompeni PANDURA (Para)

Semasa kejadian, anggota sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberang.

Operasi mencari dan menyelamat (OP SAR) bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2 Pahang telah dilaksanakan dan memasuki hari ketiga hari ini.

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mencemar duli apabila baginda menaiki bot dalam keadaan hujan bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast