MARA Corp Corporation MEIO Hasanah Abdul Hamid US$6.94 million CBT missing case item Malaysian Indian Transformation Unit MITRA funds Indians MACC logo MP Sabah Hasanah Abdul Hamid remand senior officers Malaysian Anti-Corruption Commission Ahmad Maslan compound punitive action
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang pembantu pegawai sebuah agensi bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mencadangkan kerajaan memberi kuasa penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa mana-mana syarikat yang menganiayai pekerja.

Menurut Kordinator Nasional JPKK, Danial Hakeem Azman, peruntukan undang-undang sedia ada ketika ini memberi kuasa kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan sama ada syarikat terbabit boleh didakwa di mahkamah dan sebaliknya.

Beliau berkata, undang-undang itu menyebabkan banyak syarikat terutama kroni parti politik terlepas daripada sebarang pendakwaan, sekali gus meletakkan pekerja hilang pekerjaan tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.

“Sehubungan itu, kita mahu kerajaan mengkaji semula peraturan itu dengan memberi kuasa penuh kepada SPRM untuk mendakwa, kerana agensi penguatkuasa ini yang menjalankan siasatan ke atas syarikat berkenaan.

“Sebagai contoh, ada sebuah syarikat milik pemimpin parti politik, tidak membayar gaji selama enam bulan kepada pekerjanya. Laporan telah dibuat, SPRM telah menjalankan siasatan, tetapi tidak ada pendakwaan sehingga sekarang.

“Pemilik syarikat itu juga sudah ‘menghilangkan diri’ tanpa sebarang tindakan undang-undang diambil ke atasnya,” katanya pada sidang media secara atas talian, hari ini.

Justeru, menurut Danial Hakeem, pihaknya mengemukakan beberapa cadangan ke arah penambahbaikan ke atas sistem tender kerajaan kepada syarikat-syarikat berkenaan supaya penindasan pekerja tidak berlaku.

Beliau turut mendedahkan, banyak syarikat yang mendapat projek kerajaan tidak menjaga kebajikan pekerja dengan membayar gaji yang kecil, sedangkan mereka memperoleh keuntungan jutaan ringgit.

“Kita telah membuat kajian ke atas lebih 200 syarikat yang diberikan kontrak, majoriti daripadanya menyaksikan wujud kepincangan dalam sistem mendapatkan tender.

“Antara golongan yang teraniaya dengan kerakusan syarikat ini ialah pekerja di sektor pembersihan dan pengawal keselamatan, sama ada di sekolah mahupun di hospital.

“Tiada kenaikan gaji sehingga lima tahun bekerja, tiada cuti tahunan dan cuti sakit ditanggung sendiri oleh pekerja. Kepincangan ini yang kita minta kerajaan beri tumpuan dan perhatian,” katanya.

Joe Medz

Sementara itu, Penyelidik Bebas, Joe Medz yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan dan kajian ke atas syarikat berkenaan mendapati, kebanyakannya menggunakan proksi untuk mendapatkan projek menerusi tender.

Katanya, mereka menggunakan proksi supaya terlepas dari dikenakan undang-undang kerana memperolehi projek itu mengikut saluran betul.

“Dari kajian dan penyelidikan kita, mendapati syarikat ini akan menggunakan proksi bagi tujuan supaya proses tender dan pemberian kontrak itu mengikut peraturan yang betul.

“Kita hairan macam mana syarikat yang telah disenaraihitamkan sebelum ini, masih mendapat projek atau menang tender dari kerajaan.

“Jadi, saya sependapat dengan JPKK supaya kerajaan memberi kuasa penuh kepada SPRM. Ada kes SPRM menjalankan siasatan, tetapi mereka tidak boleh mendakwa selagi tidak mendapat signal dari Peguam Negara,” katanya. – MalaysiaGazette