Himaya melancarkan warna baru berasaskan merah samar iaitu Blush Rose dan melantik pelakon jelita, Rozita Che Wan selaku dutanya.

KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Rozita Che Wan mengakui pemakaian pelitup muka adalah sebahagian daripada aksesori dan perlu disesuaikan atau ‘matching’ dengan warna baju.

Dia berkata, bagi wanita yang mementingkan gaya dan ketrampilan, tentunya Rozita Che Wan atau mesra di sapa Che Ta tidak mahu ‘mencacatkan’ gayanya dengan memakai pelitup muka yang tidak sedondon dengan pakaiannya.

Kata ibu kepada tiga anak itu, dia bersetuju menjadi duta pelitup muka jenama Himaya yang menyasarkan wanita berhijab dan pilihan terbaik kerana ia menepati ciri-ciri untuk wanita bergaya selain dapat menjaga keselamatan diri.

“Warna baharu pelitup muka ini adalah pilihannya sendiri kerana warnanya yang lembut senang disesuaikan dengan semua warna baju.

“Himaya bukan saja menawarkan pelbagai warna yang menarik, ia juga bergaya, ringkas, tidak leceh untuk memakainya juga selamat digunakan.

“Saya ada semua warna pelitup muka Himaya. Pelitup muka ini juga tidak berbulu dan tidak gatal hidung,” katanya pada sidang media pengumumannya sebagai duta Himaya secara maya di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn Bhd, Datuk KK Chua yang merupakan pengeluar pelitup muka itu.

Che Ta berkata, yang penting, memakai pelitup muka sudah menjadi kewajiban kepada masyarakat bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

“Walaupun saya sudah mendapatkan suntikan vaksin namun kita masih perlu berhati-hati kerana tidak semestinya mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin tidak akan dijangkiti.

“Saya amat mementingkan gaya dan pelitup muka Himaya ini menetapi kehendak saya kerana ia bukan saja mempunyai pelbagai pilihan warna, ia juga mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). dan ada empat lapisan. Jadi saya tidak perlu memakai dua lapis pelitup muka.

“Pemakaiannya juga amat mudah. Selepas siap sedia untuk keluar, anda boleh terus memakainya tanpa perlu menyangkutnya di telinga (sebelum memakai tudung) seperti pelitup muka jenama lain,” kata isteri pelakon Zain Saidin itu.

Rozita Che Wan.

Sementara itu, Chua memberitahu, atas permintaan ramai, Himaya melancarkan warna baru berasaskan merah samar iaitu Blush Rose dengan melantik Che Ta selaku dutanya.

Katanya, pelancaran warna baru itu dengan objektif agar wanita berhijab masih dapat gaya dan tampil yakin dengan koleksi fesyen pelitup muka terbaru dari Himaya.

“Syarikat mengeluarkan warna terbaru ini kerana terdapat banyak permintaan dan dari semasa ke semasa kami akan terus mengeluarkan warna-warna baru.

“Pada masa sama, pihaknya juga mahu mendidik pengguna untuk mendapatkan pelitup muka medikal yang diiktiraf KKM,” katanya.

Pelantikan Che Ta sebagai duta untuk warna baharu Himaya melengkapkan barisan duta sedia ada iaitu Erra Fazira, Elfira Loy, Wany Hasrita, Amira Othman dan Nabila Razali.

Himaya kini boleh dibeli di semua rangkaian kedai Watson dan Caring Pharmacy serta ejen yang berdaftar.

Sempena pelancaran warna baharu, Himaya mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA di mana setiap tahun, Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan mengadakan Kempen ‘Pink Ribbon’.

Ia adalah simbolik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanser payudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal.

Justeru, bagi menyatakan sokongan terhadap pesakit barah payudara, Himaya tampil mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA bermula semalam hingga 31 Oktober depan.

Untuk setiap pembelian pelitup muka Himaya, RM2 akan disumbangkan kepada tabung MAKNA. – MalaysiaGazette