Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Datuk Mark Ujin (kiri) melihat proses vaksinasi dalam program RiVAC di Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN – Majikan usah khuatir mengenai dokumentasi pekerja jika tamat tempoh namun ketika ini mereka perlu lebih bertanggungjawab memastikan agar semua pekerja warga asing menerima vaksin agar dapat membendung penularan Covid-19.

Ia sekali gus dapat membolehkan sektor ekonomi bergerak rancak semula dalam keadaan selamat apabila semua pekerja selamat menerima dos lengkap vaksin.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, sebanyak 6,000 dos vaksin Sinovac dibekalkan kepada penerima sempena Program Vaksinasi Barisan Hadapan Ekonomi Sektor Peruncitan (RiVAC) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Proton 4S Indera Mahkota, Kuantan.

Beliau berkata, program berlangsung selama tiga hari bermula 9 September sehingga esok telah menerima hampir 3,000 permohonan.

“Ada di antara pekerja asing yang tiada dokumentasi lengkap atau tamat tempoh yang perlu dirisaukan kerana ini bukan isu permit tetapi kita berhadapan isu kesihatan.

“Ia lebih kepada rasa keprihatinan kepada pekerja dan sebagai majikan perlu mematikan kebajikan pekerja terjaga kerana jika terabai boleh meruhgikan syarikat,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Mark, pada harga RM50 untuk dua dos vaksin, nilai tersebut sangat berbaloi bagi memastikan semua pekerja warga asing mendapatkan imunisasi secepat mungkin.

“PPV di Proton 4S Indera Mahota menyasarkan golongan dalam sektor peruncitan dan kebanyakan mereka didaftarkan oleh majikan kepada pekerja warga asing untuk mendapatkan vaksin,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, jumlah berdaftar dijangka berkurangan berikutan ada yang sudah mendapatkan vaksin lebih awal di PPV lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast