KUALA LUMPUR – Ketua-Ketua Penerangan Parti-Parti Dalam Perikatan Nasional (PN) menggesa parti-parti pembangkang menghentikan sikap bermuka-muka dan tidak sesekali membangkitkan isu undi percaya di Parlimen.
Kata mereka, negara memerlukan kestabilan dan sebarang usaha pembangkang untuk menggugat kestabilan pada waktu ini adalah tindakan yang bukan sahaja tidak kena masanya, malahan juga tidak bertanggungjawab.
“Sebagai jentera penerangan gabungan parti-parti dalam PN, kami berikrar untuk terus membantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pucuk pimpinan semua parti menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
“Terutamanya dalam menyampaikan maklumat berkenaan dasar-dasar kerajaan yang telah dan akan dilaksanakan,” menurut mereka dalam satu kenyataan bersama.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan, Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad, Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP) Chin Vui Kai, Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kumin dan Ketua Penerangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Koo Shiaw Lee.
Dalam pada itu, mereka juga menyeru semua ahli Parlimen memberikan tumpuan terhadap pembangunan ekonomi, penjagaan kesihatan rakyat, pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan, serta penerusan usaha-usaha menangani Covid-19 dalam sidang Parlimen yang bermula hari ini.
“Kami mengambil pandangan bahawa berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, pelantikan perdana menteri adalah kuasa Seri Paduka Baginda.
“Seri Paduka Baginda telah dijalankan amanah dengan penuh bijaksana.
“Maka apabila Baginda Tuanku berpuas hati dengan sokongan majoriti yang jelas kepada Ismail Sabri, undi percaya tidak lagi diperlukan,” kata kenyataan itu lagi.
akhirnya tanpa KEMALUAN ANWARFIKUN dan P AKATAN H ANCING menjilat LUDAH MUNTAH dan KENCING mereka …..HINANYA kerana ia adalah RASUAH POLITIK dan K PEMBANGKANG brtaraf MENTERI….dari golongan MUNAFIKUN yang BUSUK HATI dan EGO bersama 15 MP umNO PETUALANG NEGARA
semuanya itu sudah diPELAWA TSMY demi tadbir urus yang cemerlang dalam memerangi Covid-19 dan pemulihan ekonomi, bahkan memangkin iklim pelaburan yang kondusif, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang kukuh demi kesejahteraan Malaysia.