KUALA LUMPUR – Saingan Liga M3 sekali lagi dibatalkan selepas keputusan sama dibuat tahun lalu gara-gara pandemik Covid-19 yang menjadikan  pembangunan bola sepak amatur dan separuh profesional negara.

Berita itu diumumkan Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, majoriti daripada pasukan yang bertanding bersetuju dengan pembatalan saingan divisyen ketiga itu dan berhasrat untuk mengalihkan fokus kepada kejohanan berkenaan musim depan.

“AFL pada dasarnya ingin meneruskan pertandingan dengan pilihan untuk menganjurkan liga itu secara gelembung sukan bermula November 2021 dan telah membentangkan kertas kerja kepada semua pasukan.

“Namun begitu, pembatalan diputuskan setelah mengambil kira segala faktor termasuk hal-hal pengoperasian, aspek keselamatan serta kekangan yang dihadapi oleh AFL dan pasukan,” katanya yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

FAM sebelum ini membatalkan saingan Piala Belia, Piala Presiden dan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) buat kali kedua berturut-turut berikutan pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast