interstate travel fine compound Genting Highlands

KUANTAN – Hasrat 12 individu untuk berkunjung ke pusat peranginan, Genting Highlands tidak kesampaian apabila mereka gagal mengemukakan permit kebenaran merentas negeri pada pemeriksaan yang yang dilakukan polis semalam.

Malah mereka yang menuju ke pusat peranginan itu dari Kuala Lumpur turut dikompaun sebanyak RM5,000 seorang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pesalah dikompaun terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita masing-masing berusia antara 20 hingga 58 tahun.

Operasi pemantauan dijalankan oleh anggota IPD Bentong

“Pada 15 September 2021, sepasukan pegawai dan anggota polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah membuat pemantauan (snap check) Op Covid-19 di Kilometer 17 ‘check point’ Kee Sang, Genting Highlands, Pahang.

“Hasil pemeriksaan seramai 12 orang dikompaun kerana gagal mengemukakan permit kebenaran rentas negeri yang sah dari PDRM,” katanya kenyataan hari ini.

Menurut Zaiham, kompaun itu dikeluarkan di bawah Peraturan 17(1) Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (No2) 2021.

Tambah beliau, pihaknya akan terus mengambil tindakan tegas ke atas individu yang gagal mematuhi dan mengambil mudah prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast