Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kejadian tanah runtuh di Kemensah Height di Ampang merupakan insiden kali pertama kali berlaku sejak 13 tahun lalu.

Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Shaari Sungib berkata, sebelum ini, Kemensah Heights tidak pernah mengalami bencana alam sehingga menyebabkan 19 rumah teres dua tingkat itu tidak selamat diduduki.

“Kejadian tanah runtuh di sini kali pertama berlaku. Pada 2008 dan 2009 ada kejadian tanah runtuh, tapi sikit sahaja, tak seteruk kali ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akibat kejadian itu, seramai 28 keluarga dari 19 rumah teres dua tingkat diarah mengosongkan kediaman masing-masing selepas tanah runtuh dalam satu kejadian pukul 9.33 malam semalam.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.33 malam dan tiba di lokasi kejadian pada jam 9.44 malam.

Dalam pada itu, Shaari berkata, ketika ini kesemua 103 penduduk terjejas dipindahkan di penempatan sementara.

“Kalau sementara itu di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pula sediakan dewan tertutup lebih selesa.

“Itu pun kita ada pengalaman sebelum ini di U2 dan U5,” katanya.

Selain itu, Shaari juga memuji sikap orang ramai bertindak pantas membantu walaupun hanya menerima maklumat yang diperoleh daripada media sosial

“Yang penting sekali maklumat yang saya dapat daripada Pengerusi Persatuan Penduduk Kemensah. Bila dapat berita itu, dalam masa 10 minit orang sudah berhimpun, itu patutnya kegunaan media sosial bukan untuk mengadu domba sahaja,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Seramai 103 penduduk Kemensah Heights dipindahkan – Polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast