KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membuat lawatan mengejut ke Hospital Kajang petang tadi.
Tanpa protokol dan hanya ditemani seorang pegawainya, beliau dilihat melawat hospital berkenaan dan bertemu dengan doktor dan jururawat yang bertugas.
Gambar-gambarnya kemudiannya tular di media sosial dan mendapat pujian ramai warganet yang memuji tindakan Khairy.
Nampaknya sejak menjadi menteri semula, tindakan Ahli Parlimen Rembau itu semakin disokong orang ramai sebagai menteri.
Salah seorang warganet dikenali pemuda24bangkit berkata; Hari Sabtu datang ‘ziarah’ hospital. Ini terbaik! tangan kat belakang dah macam tuan pengetua.
Ada netizen memujinya walaupun bukan seorang doktor perubatan dan tidak mempunyai rangkaian klinik seperti bekas menteri terdahulu namun usahanya menerajui Kementerian Kesihatan wajar dipuji.
Malah ada juga mengatakan berbanding menteri lain, pencapaian Khairy sudah cemerlang walaupun belum sampai 100 hari.- MalaysiaGazette