Pemain-pemain Milan meraikan jaringan selepas menwaskan Bologna menyaksikan juara bertahan itu menduduki tangga teratas Serie A

MILAN – Inter Milan membelasah Bologna 6-1 bagi membolehkan juara bertahan itu menduduki tangga teratas Serie A.

Skuad bimbingan Simone Inzaghi tewas menerusi gol saat akhir ketika bertemu Real Madrid pada saingan Liga Juara-Juara namun tidak melakukan kesilapan sama kali di San Siro.

Inter kini mempunyai kelebihan satu mata berbanding Roma, AC Milan, Napoli dan Fiorentina selepas Lautaro Martinez, Milan Skriniar, Nicolo Barella dan Matias Vecino masing-masing meledak satu gol manakala Edin Dzeko menambah dua gol.

Bologna menduduki tangga kelapan dengan tujuh mata selepas tewas kali pertama musim ini.

“Saya berasa bimbang mengenai perlawanan ini selepas pertemuan dengan Real,” kata Inzaghi kepada DAZN.

“Tetapi pemain berjaya mempamerkan aksi terbaik mereka.”

Denzel Dumfries memberi impak pada penampilan pertamanya dalam kesebelasan Inter sejak berhijrah dari PSV Eindhoven bulan lalu.

“Saya sangat gembira. Saya rasa ia adalah perlawanan yang terbaik untuk kami selepas tewas kepada Real Madrid dan berjaya bangkit semula,” katanya. – BeinSports

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast