Pengunjung teruja membeli belah pelbagai jenis coklat selepas pulau peranginan tersebut dibuka semula sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi di Kompleks Haji Ismail Group, Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 17 SEPTEMBER 2021.

LANGKAWI – Kompleks beli-belah produk coklat popular, Haji Ismail Group (HIG) di sini menyasarkan kehadiran semula seramai 5,000 pengunjung sehari dalam tempoh dua minggu akan datang.

Pengurusnya, Mahmuzi Osman berkata, sasaran itu berdasarkan kehadiran kira-kira 1, 000 pengunjung pada hari pertama pulau peranginan itu dibuka sempena projek rintis gelembung pelancongan pada 16 September lalu.

Beliau berkata, jumlah pengunjung terus meningkat secara berganda sehari kemudian dan trend itu dijangka berterusan sehingga hujung tahun ini.

“Sempena gelembung pelancongan, pelancong semakin ramai masuk dan HIB mula diserbu pengunjung seperti bulan November dan Disember tahun lalu.

“Kami menjangkakan, jumlah pengunjung akan bertambah lagi terutama pada hujung minggu dan menjangkakan jumlah jualan akan naik melebihi 50 peratus.

“Ini kerana ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, jualan HIG jatuh merudum sehingga 60 peratus. Namun sejak Langkawi dibuka semula, jualan mula naik semula.

“Malah jumlah pengunjung tidak putus-putus walaupun operasi kami bermula 8 pagi hingga 8 malam dan belum lagi dilanjutkan hingga 10 malam,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Temubual bersama Pengurus Kompleks Haji Ismail Group, Mahmuzi Osman di Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 17 SEPTEMBER 2021. Foto HAZROL ZAINAL, 17 SEPTEMBER 2021.

Langkawi merupakan pulau bebas cukai yang membolehkan harga barang-barang d isini jauh lebih murah dibandingkan harga barang di luar sana.

Salah satu tempat pusat membeli-belah yang menjadi kemestian pelancongan adalah HIG yang merupakan syarikat perniagaan Bumiputera dengan menawarkan barangan yang diimport pada harga murah seperti pinggang mangkuk, kelengkapan dapur, coklat, bagasi, batik, kain pelikat dan sebagainya.

Mengulas lanjut, Mahmuzi mengucap terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang membuka semula sektor pelancongan di Langkawi kepada pelancong yang dianggap mampu mengatasi kelesuan industri berkenaan sebelum ini.

Ini kerana katanya, kebanyakan sektor pelancongan di pulau lagenda itu lumpuh akibat pelaksanaan PKP ekoran penularan wabak Covid-19 sejak tahun lalu.

Pengunjung teruja membeli belah pelbagai jenis coklat selepas pulau peranginan tersebut dibuka semula sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi di Kompleks Haji Ismail Group, Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 17 SEPTEMBER 2021.

“Saya mengalu-alukan keputusan tersebut kerana ia bakal merancakkan kembali perniagaan dan industri pelancongan di pulau tersebut.

“Saya mengucap terima kasih kepada kerajaan kerana memilih Langkawi sebagai pulau yang pertama dibuka program gelembung pelancongan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan pelancong sama ada individu atau keluarga yang ingin melancong ke Langkawi, menjadi pelancong yang bertanggunjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana ia bakal menentukan nasib sektor pelancongan negara. – MalaysiaGazette

Pengunjung teruja membeli belah pelbagai jenis coklat selepas pulau peranginan tersebut dibuka semula sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi di Kompleks Haji Ismail Group, Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 17 SEPTEMBER 2021.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast