Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bangun ketika beliau diasak dakwaan menghalang Nga Kor Ming mempengerusikan sidang Dewan Rakyat petang semalam.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bangun ketika beliau diasak dakwaan menghalang Nga Kor Ming mempengerusikan sidang Dewan Rakyat petang semalam.

KUALA LUMPUR – Laporan media semalam mendakwa Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dihalang daripada mempengrusikan sidang Dewan Rakyat untuk sesi petang kembali hangat.

Ia apabila Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong  bangun bertanyakan siapakah menteri kanan yang mengarahkan agar Kor Ming tidak dibenarkan mempengerusikan Dewan Rakyat semalam.

“Ada laporan media bahawa menteri kanan sekat Yang di-Pertuan Dewan Rakyat (Datuk Azhar Azizan Harun) daripada undang (Ahli Parlimen) Teluk Intan sebagai Timbalan Speaker semalam.

“Saya nak tahu adakah menteri kanan itu ada dalam dewan, pagi ini,” teriaknya.

Pertanyaan itu ditidak dibenarkan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon untuk dibahaskan.

“Saya minta maaf (Ahli Parlimen) Kota Melaka, tidak dibenarkan,” ulas Rashid.

Tidak puas hati dengan itu, Poay Tiong mengulangi soalannya dan mendakwa menteri kanan itu telah mengamalkan salah guna kuasa terhadap Dewan Rakyat.

“Hari ini saya lihat dua menteri kanan di sini, adakah mereka salah seorang daripada mereka.

“Kita perlu tahu sebagai ahli Parlimen kita ada hak siapa menteri kanan yang begitu memalukan dan salah guna kuasa, tidak jaga kemeterian dia,” tegas beliau.

Seorang lagi menteri kanan yang hadri adalah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Rashid yang mempengerusikan sidang ketika itu menjelaskan pertanyaan itu tidak sesuai untuk diutarakan ketika sesi soal jawab.

“Kita dalam sesi pertanyaan jawab lisan,” jelasnya dan kemudiannya meneruskan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo (PH) untuk bertanyakan soalan kedua.

Mengambil kesempatan itu, Gobind mencabar Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menjawab pertanyaan Poay Tiong samada beliau adalah menteri kanan yang dimaksudkan.

“Saya mencabar (Ahli Parlimen) Gombak adakah beliau menteri kanan tersebut. Berdiri dan jawab soalan itu sekarang. Kalau berani bangun dan jawab soalan itu,” desaknya.

Termakan dengan desakan itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan yang dibawa Poay Tiong.

“Saya berani kerana ikut peraturan (mesyuarat), ini sesi soal jawab. Kamu sebagai peguam,” katanya.

Pertikaman lidah antara mohamed Azmin dan Gobind dileraikan Rashid dengan tidak membenarkan perbahasan itu mengambil tempat.

Sesi pertanyaan lisan bersambung dengan Gobind mengemukakan soalan kedua kepada Dewan yang dijawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast