KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa memiliki dadah dan senjata api.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, penahanan pada 21 September lalu kerana suspek disyaki terlibat mencuri barang kes bernilai USD6 juta.
“Tangkapan dilakukan bagi tujuan siasatan PDRM berhubung kesalahan memilik dadah, senjata api dan peluru,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Menurut Abd. Jalil, sebanyak dua kertas siasatan telah dibuka berhubung penahanan iaitu Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, Seksyen 36 akta yang sama dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Suspek ditahan reman selama empat hari bermula 22 hingga 25 September ini untuk siasatan lanjut,” katanya.- MalaysiaGazette