Keris yang siap diukir ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2021.

Menghasilkan parang atau pisau bukan satu tugas mudah kerana ia memerlukan fokus serta kemahiran yang tinggi bagi memastikan alatan yang dihasilkan benar-benar berkualiti.

Jadi tidak hairan lah jika kedai Parang Pak Ali mampu bertahan sehingga lebih 30 tahun kerana kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan.

Salah seorang pekerja, Zainolizam Hairuddin berkata, Parang Pak Ali bermula sebagai sebuah kedai perabot sebelum bertukar wajah kepada kedai menjual parang, pisau serta sebilangan kecil senjata tradisional.

Berkongsi kisah, Zainolizam berkata, Pak Ali atau nama sebenarnya Razali Mohd Thani amat meminati seni membuat sarung dan hulu parang.

“Selain mengambil tempahan mengikut citarasa pelanggan, kita turut menjual ‘ready stock’ kepada mereka yang datang ke kedai,” katanya.

Mengulas lanjut, Zainolizam berkata, setiap parang atau pisau yang dihasilkan berbeza dari segi harga dan kegunaan kerana ia berdasarkan kehendak pelanggan.

Sebagai contoh, jika ada yang mahu menempah pisau untuk menyembelih 10 ekor lembu tanpa perlu mengasahnya, pelanggan terbabit perlu menyediakan modal sekitar RM1,000.

“Jadi kita tidak ada harga spesifik untuk barangan yang dijual kerana semuanya bergantung kepada bentuk, jenis, kualiti besi dan kehendak pelanggan itu sendiri.

“Harga paling tinggi setakat ini adalah menghasilkan parang bernilai kira-kira RM8,000 kerana itu kehendak pelanggan yang mahukan produk bermutu maka kita ikut sahaja,” katanya.

Tambah Zainolizam, antara faktor sesetengah parang dan pisau yang dihasilkan dijual pada harga yang tinggi, ia berikutan kesukaran mendapatkan bekalan kayu.

Jelas Zainolizam lagi, sepanjang negara dilanda pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak tahun lalu, Parang Pak Ali juga tidak terkecuali daripada terkena tempias dari segi operasi.

“Memang jauh beza daripada bukan zaman Covid-19, ada kala dalam sebulan kita langsung tak ada jualan kerana kami juga bergantung kepada pelanggan dari negeri-negeri lain,” ujarnya.

Pisau melalui proses pembakaran sebelum ditempa untuk menjadikan sesebuah bilah pisau itu lebih kukuh ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2021.
Pisau melalui proses pembakaran sebelum ditempa untuk menjadikan sesebuah bilah pisau itu lebih kukuh ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2021.
Pekerja, Zainolizam Hairuddin mengetuk bilah pisau selepas proses pembakaran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2021.
Pengusaha, Razali Mohd Thani mengukur ukuran parang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2021.
Pekerja, Zainolizam Hairuddin dan Azli Shah Rahman (kiri) masing-masing melakukan kerja proses menyiapkan bilah parang dan pisau ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2021.
Pekerja, Zainolizam Hairuddin melakukan kerja proses menyiapkan bilah parang dan pisau ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2021.
Pengusaha, Razali Mohd Thani mengukir kayu untuk dijadikan sebagai sarung parang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2021.
Pengusaha, Razali Mohd Thani mengukir kayu untuk dijadikan sebagai sarung parang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2021.
Pekerja, Azli Shah Rahman mengukir pemegang keris ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2021.
Pekerja, Azli Shah Rahman mengasah besi sebagai proses menyiapkan sebilah pisau ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2021.
Antara kayu yang digunakan sebagai proses menyiapkan parang dan pisau ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2021.
Pengusaha, Razali Mohd Thani mengukir kayu untuk dijadikan sebagai sarung parang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2021.
Antara jenis parang dan pisau yang telah disiapkan untuk pelanggan yang menempah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2021.
Pengusaha, Razali Mohd Thani mencuba ketajaman bilah pisau dengan memotong beberapa helain daun sekitar bengkelnya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2021.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast