KUALA LUMPUR – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Ali.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media yang diketuai ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron sebentar tadi.

Turut hadir dalam sidang media itu Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).

“Kami berempat telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada pejabat ketua menteri.

“Sekali gus empat orang kami akan mencari jalan memberi peluang kerajaan ini dapat ditubuhkan untuk terus berjalan di masa hadapan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau telah menghantar surat hilang kepercayaan kepada pejabat Ketua Menteri, Idris berkata, pihaknya telah berbuat demikian.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast