Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 80 kawasan melibatkan tiga daerah di Melaka akan mengalami gangguan luar jangka bekalan air akibat kebocoran paip air mentah di Loji Air Bertam hari ini.

Tiga daerah yang dilaporkan terbabit adalah Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dalam kenyataannya hari ini  memaklumkan, kerja-kerja pembaikan telah mula dilaksanakan pada jam 10.00 pagi tadi dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 12 jam.

Kawasan yang terjejas adalah seperti berikut :


Sehubungan itu, SAMB memaklumkan pihaknya sedang berusaha untuk mempercepatkan proses pembaikan dan pemulihan di kawasan terjejas.

Orang ramai juga diminta untuk menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SAMB yang beroperasi 24 jam di talian 15800 atau SMS/Whatsapp di 013-751 5800 untuk sebarang maklumat lanjut.- MalaysiaGazette