Penggunaan katil bagi kes kritikal di seluruh negara semalam menunjukkan bawah 50 peratus.

KUALA LUMPUR – Jumlah kapasiti dan penggunaan katil Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) sehingga semalam melibatkan sebanyak 56 peratus.

Manakala penggunaan katil bukan ICU pula sebanyak 51 peratus, kata
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Sementara itu, peratus kumulatif pemberian dos vaksin Covid-19 sehingga semalam adalah 73.4 peratus bagi satu dan 63.4 peratus bagi dos lengkap.

“Bagi populasi dewasa, sebanyak 94.4 peratus sudah mendapat satu dos dan 88 peratus untuk dos lengkap,” katanya di hantaran Facebook miliknya hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast