Home Dunia Pesawat tersangkut bawah jambatan viral

Pesawat tersangkut bawah jambatan viral

NEW DELHI – Sebuah video pesawat Air India yang tersangkut di bawah jambatan atas di ibu kota India menjadi viral.

Pesawat yang dilaporkan tersangkut ketika diangkut yang tidak dapat dipastikan destinasinya.

Menurut netizen, kejadian itu dilaporkan berlaku pada hari Ahad di jejambat Lebuh Raya Delhi- Gurugram berhampiran Lapangan Terbang New Delhi.

Insiden itu berlaku pada jam 1 pagi.

Melalui rakaman video yang tular menunjukkan hidung dan sebahagian badan pesawat bersangkut di bawah jambatan menyebabkan keseluruhannya tersangkut.

Seorang jurucakap Air India memberitahu, pesawat itu pernah menjadi milik syarikat itu tetapi telah dijual.

“Ini adalah kapal terbang lama yang sudah dijual,” katanya.

Sementara itu, Lapangan Terbang New Delhi turut mengesahkan tidak ada pesawat yang beroperasi terlibat dalam insiden berkenaan. – Agensi