Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Mohd Nizar Zakaria (kiri) semasa Projek Rintis Sahabat Kafeteen Prihatin #HygieneKit di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Projek Rintis Sahabat Kafeteen Prihatin #HygieneKit bertujuan membantu golongan remaja perempuan yang memerlukan bantuan asas kebersihan diri akibat desakan pandemik Covid-19.

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, program itu juga membantu mereka mendapatkan maklumat kebersihan diri yang tepat serta sebagai keprihatinan dan sokongan moral kepada remaja dan wanita yang memerlukan.

“Selain itu setiap penerima akan ditawarkan mengikuti kelas berkaitan kesihatan wanita dan reproduktif secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Mohd Nizar melancarkan Projek Rintis Sahabat Kafeteen Prihatin #HygieneKit di Lobi Bangunan LPPKN.

Majlis pelancaran Projek Rintis Sahabat KafeTEEN Prihatin #HygieneKit turut dihadiri oleh Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, Dr Zuhrah Musa, Pengarah Negeri LPPKN WPKL, wakil JAWI, Kao (Malaysia) Sdn. Bhd, Kelab Sahabat Kafeteen Malaysia dan Family of Charity.

Menurut Mohd Nizar, projek berkenaan dikendalikan oleh pasukan KafeTEEN LPPKN WPKL, pihak Kao (Malaysia) Sdn Bhd selaku penyumbang tuala wanita dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Setiap penerima remaja juga akan didaftarkan sebagai ahli baru Sahabat KafeTEEN bagi mendapat pengetahuan dan bimbingan mengenai amalan gaya hidup sihat,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast