(Picture for representational purposes only). Covid-19 patients are being treated at the Tengku Ampuan Rahimah Hospital at Klang, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 11 JULY 2021.
(Picture for representational purposes only). Covid-19 patients are being treated at the Tengku Ampuan Rahimah Hospital at Klang, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 11 JULY 2021.

KUALA LUMPUR – Ubat antiviral Molnupiravir dapat merawat pesakit Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 termasuk yang bergejala selama lima hari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia terbukti berdasarkan ujian klinikal terhadap ubat tersebut.

Justeru itu, ia diperlukan walaupun negara tetap meneruskan program pemberian vaksin dalam negara.

“Kita membeli pil ini memandangkan masih berlaku jangkitan Covid-19 kategori 3,4 dan 5 yang perlu dimasukkan ke hospital. Pil ini diberi kepada mereka yang bergejala selama lima hari dan kemungkinan besar juga untuk yang kategori 3,4,5 sebab itu kita masih memerlukan pil rawatan ini disamping kita teruskan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Kita dapati dengan pil ini kita juga memberi pilihan kepada doktor untuk memberinya kepada mereka yang tidak divaksin atau divaksin tetapi sebab masalah kesihatan tertentu masih mengalami gejala yang teruk seperti kategori 3,4 dan 5.

“Keputusan ujian klinikal peringkat ketiga ini pil ini menunjukkan ia berkesan untuk membantu merawat pesakit Kategori 3,4 dan 5 terutama bagi yang bergejala selama lima hari dan itulah strategi pemberian pil ini,” katanya ketika sidang media di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Menurut Khairy, ubat itu akan diberikan kepada pesakit Covid-19 secara percuma.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menandatangani surat akujanji (Letter of Undertaking) pembelian ubat antiviral Molnupiravir dengan Merck Sharp & Dohme.

Melalui perjanjian tersebut,  kerajaan bersetuju untuk membuat perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap (patient courses) untuk merawat pesakit Covid-19.

Sementara itu, Khairy menerusi lawatan kerjanya ke HKL hari ini berkata, beliau mahu hospital tersebut menjadi sebagai rujukan nasional bertaraf antarabangsa dan bersedia untuk fungsi itu untuk tempoh 150 tahun akan datang.

Sehubungan itu katanya, segala perancangan, pembangunan naik taraf di hospital itu perlu dilaksanakan.

“Sebab itu perancangan yang sedang dan bermula dari sekarang mengambil kira pembangunan danperancangan yang telah dijalankan sebagai contoh projek semasa naik taraf Jabatan Kecemasan HKL dan pembinaan pembaikan Institut Perubatan Forensik ini yang telah dipersetujui,” ujar Khairy.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast