The Sabah government would allow cross-state travel for social visits and tourism starting 1 November, said Chief Minister Datuk Hajiji Noor
Seorang pekerja, Lourdes Simpat meracun rumput berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang dilitupi awan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kundasang, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 24 SEPTEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Sabah bersetuju membenarkan rentas negeri mulai 1 November ini meliputi aktiviti lawatan sosial dan pelancongan ke negeri bawah bayu itu.

Keputusan itu diumumkan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kebenaran itu tertakluk kepada empat syarat iaitu:

  1. Individu telah lengkap divaksin
  2. Perlu menjalani ujian Covid-10 RT-PCR atau RTK-Ag (swab/saliva) dalam tempoh tidak hari sebelum perjalanan
  3. Remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin
  4. Kanak-kanak di bawah 12 tahun ditemani ibu bapa yang telah lengkap divaksin.

“Kerajaan Negeri Sabah berpuas hati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap Negeri Sabah setakat 11 Oktober 2021 oleh Jawatankuasa Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) telah mencapai melebihi 70 peratus,” katanya.

Turut dibenarkan, menurut Hajiji, aktiviti rentas daerah mulai esok, 14 Oktober  tanpa perlu menjalani uian saringan Covid-19. – MalaysiaGazette