LONDON – Kemunculan bekas pemain bintang Arsenal dan Manchester City, Samir Nasri yang kembali menyarung jersi Marseille dalam aksi perlawanan amal pasukan legenda kelab itu mengejutkan peminat bola sepak.
Ini kerana kelihatan susuk tubuh badan Nasri semakin gempal pada perlawanan tersebut walaupun tidak sampai tiga minggu mengumumkan persaraannya.
Pada 27 September lalu, Nasri membuat keputusan bersara pada usia 34 tahun.
Sepanjang kariernya bersama Man City musim 2011-12, Nasri berjaya membantu kelab menjulang trofi juara liga ketika di bawah pengurusan Roberto Mancini.
Ketika bersama Arsenal pula, Nasri merekodkan aksi 46 kali dalam semua perlawanan ketika musim 2013-14.
Bekas pemain tengah Perancis itu beraksi bersama kelab Belgium, Anderlecht sebagai aksi terakhir yang dilatih bekas rakan sepasukan ketika di CityVincent Kompany namun dia dilepaskan tahun lalu.
Nasri yang kini menjadi konsultan untuk TV Perancis, channel + bermula bulan lalu memberitahu isu digantung 18 bulan berkaitan doping antara faktor utama dia membuat keputusan tersebut.
“Satu episod sangat melukakan saya dan mengubah hubungan dengan bola sepak – penggantungan saya.
“Saya dapati ia tidak adil, saya tidak mengambil sebarang produk (doping). Ia cuma suntikan vitamin kerana saya sakit. Ia (hukuman) telah menghentikan langkah saya,” katanya. – MalaysiaGazette