KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu perbicaraan kes di mahkamah.
Kedua-dua individu terbabit yang sedang dikesan adalah berasal dari Sabah.
Individu pertama yang sedang dicari adalah, Ebby Roy Raimon, 34, pemegang kad pengenalan bernombor 870916-49-5867.
Ebby Roy mempunyai dua alamat terakhir iaitu di Kampung Tinangol, WDT 44, Kudat, Sabah.
Sementara itu, turut dikesan SPRM ialah Safineh Doto, 50, pemegang kad pengenalan bernombor 710628-12-5033 dan mempunyai alamat terakhir di Kampung Kelatuan Papar, Papar.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Nadzrul Syah Yusup di talian 011-53521669 / 03-88700382 atau emel kepada [email protected]