Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas turun padang meninjau kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf di Perumahan Awam Seri Perak

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Kertas Pandora.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika memberikan jaminan itu berkata kerajaan tidak akan menyekat tindakan pihak berkuasa sekiranya mempunyai bukti kukuh.

“Dalam negara, kita terbuka kalau didapati ada kes terhadap sesiapa sahaja pun, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan, kita terbuka dan serah pada pihak berkuasa.

“Pihak berkuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baca semua laporan, berita yang dikeluarkan, terserah pada mereka, kita tidak menyekat,” katanya pada sidang media selepas meninjau Perumahan Awam Seri Perak di sini hari ini.

Isnin lepas, Dewan Rakyat kekal dengan keputusan menolak usul untuk membahaskan pendedahan Kertas Pandora yang didakwa membabitkan fail kewangan sulit beberapa tokoh terkemuka negara.

Usul itu dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.