Gambar hiasan.

KLUANG – Polis sedang menyiasat kejadian senaskah al-Quran yang dibakar dan dijumpai di Tasik Taman Sri Impian, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang,  ACP Low Hang Seng berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang menjumpai senaskah al-Quran yang dibakar dan hanya tinggal cebisan ayat sahaja ketika sedang bersenam di tasik berkenaan, pada pukul 8.48 pagi.

“Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan kes ini dari pelbagai sudut dan menasihatkan orang ramai untuk tidak mensensasikan atau membuat sebarang spekulasi, agar tidak menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerusi talian 07-7784 222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast